Saturday, 14 January 2012

Ops Cantas Kenyalang

Ops Cantas Kenyalang ialah operasi polis untuk menggempur kegiatan gangster di Sarawak . Ops Cantas Kenyalang mendapat arahan terus daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching. Ia ditubuhkan pada April 2007.
Sebab utama dilancarkan kerana Indeks Jenayah Kekerasan meningkatkan pada kadar 9 % dari Januari hingga Mac 2007. Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah membangkitkan masalah jenayah di Sibu dan Bintulu di Dewan Rakyat pada 29 Mac 2007 .


Kebanyakan gangster melibatkan bandar Sibu dan Miri, di utara Sarawak. Namun Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh menafikan Sibu bandar yang berbahaya. Pelancong masih selamat berjalan pada waktu malam.
  • Kematian Pegawai Penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak , Rumie Azzan Mahlie, 31, pada 17 September 2005. Rumie ditemui mati di perkarangan bangunan STA yang menempatkan JAS Sarawak dan ada yang mendakwa beliau membunuh diri dengan terjun daripada tingkat sembilan bangunan tersebut. Tetapi bedah siasat mendapati luka di badannya tidak teruk. Malahan cermin mata dan telefon bimbit yhang ditemui dalam keadaan baik.
  • Pada 24 Disember 2006 rumah banglo Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi di Jalan Merdeka off Green Road , Kuching, Sarawak telah dipecahkan. 5 penjenayah itu dipercayai dari keturunan Indonesia berdasarkan dialek yang digunakan.
  • Pada 28 Januari 2007 Metheus Mering Augus ( 16 tahun ) dari Sekolah Menengah Teknik Bintulu telah mati setelah dibuli oleh 18 pelajar lain di asrama sekolah itu.
  • Pada 10 April 2007 tiga ahli kongsi gelap Wah Kee berumur 24 hingga 31 tahun diberkas di Jalan Lapangan Terbang Miri (LTM) di sini pada pukul 6.05 petang. Mereka dikaitkan dengan kes culik seorang pengurus yang sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu. Penjenayah itu ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan direman empat hari bagi membantu siasatan. Wang tebusan berjumlah ribuan ringgit telah dibayar dapat ditemui semula.
  • Pada 13 Mei 2007, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan beliau ditembak oleh gangster yang berdendam terhadap beliau . Sebenarnya beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu.

Langkah membendung jenayah

  • Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah membangkitkan kegagalan polis membendung kegiatan jenayah di daerah Sibu , Sarawak dalam persidangan Dewan Rakyat pada 29 Mac 2007. Malah beliau mahu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Talib Jamal ditukar.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melakukan lawatan mengejut bagi mendapat gambaran sebenar mengenai masalah gangsterisme di Sarawak.
  • Forum gangsterisme bertajuk `Komuniti Menentang Gangsterisme' di Kuching pada 14 April 2007. Forum ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.
  • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak , Senior Asisten Komisioner II Tun Hisan Tun Hamzah menyatakan pihak polis tidak pernah menyebelahi mana-mana gangster di Sarawak . Tuduhan liar ini tidak harus berlaku.
  • Semua 27 Ketua Polis Daerah di Sarawak hendaklah mengadakan perjumpaan dengan orang awam setiap Khamis, dari pukul 10 hingga 12 pagi dan melaporkan kelakuan anggota polis kepada Ketua Polis Daerah.
  • Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu, Nicholas Sebastian menyatakan maklumat risikan dari orang ramai terutama peniaga amat berguna membendung masalah jenayah.
  • Polis hendaklah bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) serta Human Rights Watch (HRW) bagi mencari pendekatan bagaimana untuk menghentikan kegiatan samseng itu supaya tidak menjadi barah masyarakat.
  • Mana-mana penjenayah dan ahli kongsi gelap yang telah menerima darjah kebesaran dari sesetengah negeri hendaklah ditarik balik. Jika tidak kegiatan samseng-VIP tidak dapat dibendung.
  • Pengetua di 3 buah sekolah telah diberi tunjuk sebab kerana menyorok maklumat kes-kes disiplin di sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar juga menyatakan ujian air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kepada 32,279 murid, sebanyak 147 daripada jumlah terbabit dikesan positif.
Wong Leh Yin also known as "Lee Long" identified by Police Commisioner Datuk Talib Jamalas the leader of the Hua Kee Gang.remained silent as the police applied to extended his remand period under Section 117A of the Criminal Procedure Code.
Framed under Section 364 of the Penal Code, and read with Section 109 of the same Code, the chrage stated that he kidnapped Kueh Chion Huat from Feb 6 to 23. Kueh's father ransomed him with RM100,000 and five days later the kidnappers sent him home.
Even then, he and his family members were allegedly threaten against lodging a police report, and under further threat to their lives, the family was confined to their house.
The police recused the family on Feb 23 after they received a public tip-off and arrested the kidnappers. This led to the arrest of Wong on Feb 27 when the police stormed his house at dawn.
The gang leader, that had terrorized the natives of Ulu Niah on Feb 18 arrested by police.

No comments:

Post a Comment